INFO TERKINI
Rangkuman berita, fakta dan makluat aktiviti masjid.

[TERKINI] Status Pembukaan Masjid dan Surau dalam Kawasan PKPD Sekitar Bandar Jerantut

Admin

Admin

Pengarang

Assalamualaikum warahmatullah wbt..

PENTADBIR MASJID / SURAU YANG BERKENAAN

YH.Dato’ / Tuan,

PERLAKSANAAN AKTIVITI SOLAT JEMAAH DALAM TEMPOH PKPD

Adalah dimaklumkan bahawa masjid / surau tuan adalah terlibat dalam kawasan PKPD yang akan bermula pada hari esok 28/06/2021 sehingga 11/07/2021 yang akan datang.

  1. Sehubungan dengan itu semua aktiviti solat jemaah di masjid / surau tuan hanya lah dibenarkan dengan jumlah jemaah seramai 4 orang sahaja yang akan ditentukan oleh pihak pengurusan masjid / tuan .
  2. Aktiviti lain yang dibenarkan dengan jumlah jemaah ini ialah :- (i) Bacaan Yassin
    Selepas Magrib &
    Subuh.
    (ii) Bacaan Doa Qunut
    setiap kali solat
    fardhu.
    (iii) Bacaan zikir –
    tahlil,istighfar &
    selawat -100 x
    setiap hari.
  3. Semua aktiviti lain dan sebarang bentuk pengajian & kuliah adalah ditangguhkan.
  4. YH.Dato / tuan juga boleh merujuk surat arahan JAIP yang dilampirkan untuk keterangan lanjut.

Kerjasama YH.Dato / tuan dalam membantu menyekat penularan Covid-19 di daerah ini amatlah dihargai dan diucapkan jazakumullahu khaira.

Sekian,terima kasih.

Yang menjalankan amanah,
Al Fadhil Qadi Jerantut.
27/06/2021

*SENARAI RUMAH IBADAH DALAM KAWASAN PKPD BANDAR JERANTUT

(A) MASJID

1. Masjid Tengku
Mahkota Abdullah Jerantut
2. Masjid Tengku Ahmad
3. Surau As-
Syahadah,Sg.Jan

(B) SURAU

1. Surau Ubudiyyah,Tmn
Mawar.
2. Surau Asy- Syakirin,
Tmn Koperasi.
3. Surau Al-Muflihin,
PAKR Peringkat 3 & 4.
4. Surau Al-Hidayah,
410.
5. Surau Khalid Al-Walid,
Tmn Embun Jaya.
6. Surau PAKR Sri
Embun,
7. Surau Mohd.Al-Fateh,
Simpang Bt.Embun.
8. Surau An-Nur,MDJ.
9. Surau Darul Makmur,
Tmn. Mat Kilau 1.
10. Surau Al-Islah,PAKR,
Mat Kilau 2.
11. Surau Taman Wira.
12. Surau Al-Inabah,Kg
Che Awas.

1 comment

  1. Pertanyaan.
    1. Surau kg paya Embun tidak ada dlm senarai, sedangkan dlm pkpd kg paya embun termasuk.
    2.adakah kami termasuk dlm qariah pulau mansok, sebab dari dulu di arahkan pihak pejabat qadi supaya solat di masjid pulau mansok.

Leave a comment

Your email address will not be published.