INFO TERKINI
Rangkuman berita, fakta dan makluat aktiviti masjid.

1,022 SUDAH BUAT UJIAN ‘SWAB’ SECARA PANDU LALU DI JERANTUT

Admin

Admin

Pengarang

Oleh: Amirnordin

JERANTUT, 30 Jun: Seramai 1,022 penduduk daripada lokaliti Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) Bandar Baru dan PAKR Mat Kilau, Kampung Mat Kilau dan Kampung Melayu telah membuat saringan menjalani ujian saringan ‘mass sampling’ RTK-Ag (swab hidung) secara pandu lalu.

Selain itu, kira-kira 90 peratus daripada 58,525 penduduk di kawasan Bandar Jerantut patuh terhadap prosedur operasi standard (SOP) sejak perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula Isnin lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Jerantut, Khairun Nissa Aris berkata, PKPD yang melibatkan sebanyak 11,795 rumah ini dikenakan ekoran jumlah kes harian yang tinggi membabitkan 64 lokaliti terbabit.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Jerantut, Khairun Nissa Aris

Bagi mengawal penularan jangkitan COVID-19 ini, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Jerantut telah melaksanakan saringan bersasar di kawasan PKPD secara berperingkat.

“Kesihatan, keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa menjadi keutamaan, justeru saringan bersasar ini dilaksanakan secara berperingkat menggunakan beberapa kaedah termasuklah pandu lalu.

Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) juga sentiasa berusaha agar akses terhadap fasiliti dan kemudahan di kawasan PKPD dapat menampung segala keperluan penduduk termasuklah fasiliti kesihatan, pasaraya dan stesen minyak,” katanya, hari ini.

Beliau berkata, saringan bersasar ini mula dilaksanakan bermula Selasa lalu hingga 9 Julai depan bertempat di Terminal Bas Bandar Baru, di Jerantut bermula jam 9 pagi hingga 4.30 petang.

Orang ramai memberi sambutan menggalakan berduyun ke Terminal Bas Jerantut untuk mendapatkan ujian saringan, hari ini

Katanya, pasukan polis bersama pasukan sahabat juga akan meneruskan sekatan jalan raya dan melakukan pemantauan berkala bagi memastikan segala SOP dapat dipatuhi oleh semua pihak.

Beliau berharap semua pihak dapat memainkan peranan masing-masing dalam mengawal penularan wabak COVID-19 di lokaliti Bandar Jerantut yang telah bermula 28 Jun sehingga 11 Julai depan.

Daerah Jerantut mencatatkan sebanyak 35 kes baharu pada hari ini melibatkan Kluster Lorong Empat dan Kluster Kampung Lada. – SAHIH.  

Leave a comment

Your email address will not be published.