INFO TERKINI
Rangkuman berita, fakta dan makluat aktiviti masjid.

3 Golongan Yang Tidak Dapat Melihat Rasulullah

Admin

Admin

Pengarang

Melihat Rasulullah adalah impian semua mukmin yang sangat mendambakan Cinta kepada Nabi Muhammad SAW. Namun, inilah 3 golongan yang tidak akan dapat melihat wajah Rasulullah SAW

  • DERHAKA KEPADA IBUBAPA

Ini adalah golongan yang pertama yang tidak akan dapat melihat Baginda Nabi Muhammad SAW. Malah, golongan ini juga adalah terdiri daripada mereka yang ingkar dengan perintah Allah SWT.

  • TIDAK BERSELAWAT KE ATAS BAGINDA SETELAH MENDENGAR NAMA NABI MUHAMMAD DISEBUT

Nampak mudah tapi sebenarnya ramai dalam kalangan kita yang tidak mampu dan terlepas pandang untuk mengamalkan perkara ini. Sebaliknya hanya berdiam sahaja jika mendengar nama baginda Nabi Muhammad SAW disebut.

  • ORANG YANG MENINGGALKAN SUNNAH

Maksud disini ialah orang yang tidak mengamalkan sunnah lantaran tidak suka dengan sunnah baginda Nabi Muhammad SAW. Yang lebih teruk ialah meninggalkan sunnah Nabi Muhammad ditambah dengan mencerca sunnahnya. Adapun mereka yang cintakan sunnah nabi tetapi belum mampu mengamalkan sepenuhnya sunnah nabi tidaklah termasuk dalam golongan ini. Namun, wajib ke atas diri kita untuk sentiasa berusaha mengamalkan sunnah Nabi Muhammad SAW dalam kehidupan kita.

Leave a comment

Your email address will not be published.