INFO TERKINI
Rangkuman berita, fakta dan makluat aktiviti masjid.

DAFTAR VAKSIN BAGI LOKALITI BERISIKO TINGGI DI JERANTUT

Admin

Admin

Pengarang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Buat penduduk Jerantut yang menetap di:

1. PAKR Bandar Baru
2. PAKR Peringkat ¾
3. PAKR Mat Kilau
4. Kampung Melayu Jerantut
5. Kg Mat Kilau
6. Taman Mutiara
7. Taman Koperasi
8. Taman Inderapura

Terdapat peningkatan kes COVID-19 yang ketara dilaporkan di dalam lokaliti di atas.

Pejabat Kesihatan Daerah Jerantut mengambil inisiatif untuk mempercepatkan temujanji vaksin COVID-19 buat penduduk di lokaliti yang dinyatakan. Langkah ini adalah penting supaya immuniti kelompok dapat dibentuk awal di dalam komuniti, penduduk dapat dilindungi dan Jerantut akan dapat pulih seperti sediakala.

Mohon kerjasama penduduk yang menetap di lokaliti seperti dinyatakan, berumur 18 tahun ke atas dan masih belum menerima vaksin COVID-19 untuk mengisi borang di link ini:

https://forms.gle/78HUSFPdK8FwT82s5

Sila isi maklumat dengan tepat.

Tempoh memberi maklumbalas adalah sehingga 9 Julai 2021 pada jam 11.59 malam.

Terima kasih,

Pegawai Kesihatan Daerah Jerantut
Pejabat Kesihatan Daerah Jerantut
3 Julai 2021

Leave a comment

Your email address will not be published.