INFO TERKINI
Rangkuman berita, fakta dan makluat aktiviti masjid.

Sumbangan Cakna Masyarakat

Admin

Admin

Pengarang

Masjid Tengku Mahkota Abdullah Jerantut akan mengadakan program khas memberi bantuan kepada keluarga-keluarga yang benar-benar memerlukan dan benar-benar terkesan dengan keadaan semasa sekarang.

Pihak Masjid akan berurusan dengan Pihak JKM dalam mengenalpasti kekuarga-keluarga yang layak untuk diberikan bantuan.

Bantuan diberikan secara bersasar sekitar Bandar Jerantut dan Kampung-Kampung sekitarnya mengikut kepada Jumlah Sumbangan yang terkumpul.


Di saat insan lain dalam kesusahan, kita hulutkan tangan ringankan beban.

Barangsiapa yang membantu kesusahan saudaranya,maka Allah akan bantunya dalam kesusahan di akhirat kelak
(mafhum hadith)

Ayuhlah kita sama-sama menyumbang untuk sahabat-sahabat dan saudara-saudara kita yang memerlukan.


Dari komuniti untuk komuniti

Segala sumbangan boleh disalurkan ke akaun Masjid seperti yang tertera di dalam gambar di atas.

~ Pihak Pengurusan Masjid Tengku Mahkota Abdullah Jerantut ~

Leave a comment

Your email address will not be published.