INFO TERKINI
Rangkuman berita, fakta dan makluat aktiviti masjid.

PROGRAM IBADAH QURBAN @ MASJID TENGKU MAHKOTA ABDULLAH JERANTUT 1442H / 2021M 🤲🕌

Admin

Admin

Pengarang

Sukacita dimaklumkan bahawa, pihak Masjid Tengku Mahkota Abdullah Jerantut akan mengadakan Program Ibadah Qurban 1442H / 2021M pada ketetapan berikut:

TARIKH: 21 Julai 2021 (Rabu) | 11 Zulhijjah 1442H / 2021M (Raya KEDUA)

MASA : 8.30 Pagi sehingga 1.00 Petang

TEMPAT SEMBELIHAN : Kandang Lembu Kampung Paya Rajin

TEMPAT MELAPAH : Masjid Tengku Mahkota Abdullah Jerantut

TARIKH PEMBAYARAN : 9 Julai sehingga 15 Julai 2021

*PENGHAYATAN IBADAH QURBAN*
Qurban disebut dengan udhiyah. Disebutkan dalam kitab Alfiqhul Islami Wa Adillatuhu bahwa udhiyah atau qurban adalah menyembelih haiwan ternakan dengan niat mendekatkan diri kepada Allah pada hari Idul Adha dan hari-hari tasyriq.


Udhiyah disyariatkan pada tahun kedua hijriyah, bersamaan dengan syariat zakat dan solat Idul Fitri dan Idul Adha. Ulama sepakat bahwa udhiyah adalah ibadah yang disyariatkan berdasarkan Alquran, hadis dan ijma.
Di antara dalil Alquran yang dijadikan dasar pensyariatan qurban oleh para ulama adalah surah Alkautsar ayat 2 berikut;
فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ
“Maka laksanakanlah solat kerana Tuhanmu, dan berqurbanlah (sebagai ibadah untuk mendekatkan diri kepada Allah).”
Bertepatan dengan perintah Allah SWT ini, Pihak Pengurusan Masjid Tengku Mahkota Abdullah Jerantut membuka ruang kepada semua jemaah untuk menyertai Qurban tahun 2021M ini seperti butiran berikut :

((LEMBU SATU BAHAGIAN : RM 700 SAHAJA)) PEMOTONGAN SEBANYAK RM50!!!
((PENYERTAAN TERHAD kepada 5 EKOR LEMBU iaitu sebanyak 35 BAHAGIAN SAHAJA))

Penyertaan adalah terhad, dan mari kita bersegera mendaftarkan diri untuk menyertai Program Ibadah Qurban pada tahun ini di Masjid Tengku Mahkota Abdullah Jerantut.
Sebarang pertanyaan boleh terus menghubungi :


*Imam Muhammad : 010-5595812
*Ustaz Mustafa : 013-9073378


Semoga Allah SWT meluaskan rezeki kita dan menerima ibadah Qurban kita insyaallah.
*=================================*
*LIKE & SHARE FB MASJID TENGKU MAHKOTA ABDULLAH JERANTUT

Leave a comment

Your email address will not be published.