INFO TERKINI
Rangkuman berita, fakta dan makluat aktiviti masjid.

[TERKINI] VARIAN DELTA KINI DI PAHANG!

Admin

Admin

Pengarang

KENYATAAN MEDIA PENGARAH KESIHATAN NEGERI PAHANG
SITUASI DAN MAKLUMAT TERKINI MENGENAI VARIANT OF CONCERN (VOC) VIRUS SARS-COV-2 DI NEGERI PAHANG
.


Jabatan Kesihatan negeri Pahang ingin mengambil perhatian semua berhubung perkara di atas.


Dimaklumkan sehingga 3 Julai 2021, sebanyak 4 kes Variant of Concern (VOC) virus SARS-CoV-2 telah dilaporkan di negeri Pahang.

• 2 kes varian Delta (B.1.617.2)

• 2 kes varian Beta (8.1.351)


2 kes varian Delta adalah daripada Kluster yang berlaku di bahagian tengah Pahang. Manakala 2 kes varian Beta adalah daripada Kluster yang berlaku di bahagian timur Pahang.


VOC berlaku disebabkan oleh mutasi spike protein virus SARS-CoV-2. lanya lebih mudah berjangkit dengan kadar penularan lebih pantas. VOC menyebabkan jangkitan dengan gejala dan komplikasi yang lebih teruk


Varian Delta atau digelar super strain adalah VOC yang paling mudah dan pantas merebak. Kadar keberjangkitannya adalah 60% lebih tinggi. la juga menyebabkan simptom dan komplikasi penyakit yang lebih teruk dengan kadar kematian lebih tinggi.

Untuk mengurangkan risiko daripada dijangkiti VOC COVID-19, Jabatan Kesihatan Negeri Pahang menasihatkan seluruh rakyat Pahang termasuk individu yang telah menerima vaksinasi supaya terus mematuhi SOP yang telah ditetapkan. Elakkan kawasan yang sesak dan sempit serta jangan bersembang dengan jarak yang dekat.

Sentiasa Amalkan 3 W (Wash, Wear dan Warn). Duduk di rumah dan hanya keluar jika ada urusan penting. Sesiapa yang mempunyai gejala perlu ke klinik dengan segera untuk diambil sampel. Sesiapa yang mengetahui menjadi kontak rapat kes COVID-19, perlu menjalani kuarantin kendiri dan hadir di mana-mana klinik kesihathn untuk dibuat ujian.


Masyarakat perlu mendaftar segera untuk Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan. Sesiapa yang telah diberi ternujanji, sila hadir mengikut tarikh dan masa yang ditetapkan.
Sekian, terima kasih


DATO. DR. HJ. BAHARI BIN DATO. TOK MUDA HJ. CHE AWANG NGAH, DIMP., AAP

PENGARAH KESIHATAN NEGERI JABATAN KESIHATAN NEGERI PAHANG

4 JULAI 2021

Leave a comment

Your email address will not be published.