INFO TERKINI
Rangkuman berita, fakta dan makluat aktiviti masjid.

SERAMAI 231 PETUGAS DAN PESERTA IBADAH KORBAN JALANI UJIAN SWAB

Admin

Admin

Pengarang

JERANTUT : Ibadah korban yang bakal dikendalikan oleh 28 orang petugas serta 203 orang peserta di kalangan ahli kariah Masjid Tengkua Mahkota Abdullah (MTMAJ) bandar Jerantut mengambil ujian saringan swab secara ‘pandu dan lalu’ di perkarangan masjid tersebut hari ini.

Imam Satu MTMAJ, Mohd Fikri Hamzah, pihak pengurusan masjid mengambil langkah berjaga-jaga serta mematuhi prosedur operasi standard (SOP)

Imam Satu MTMAJ, Mohd Fikri Hamzah berkata, pihak pengurusan masjid mengambil langkah berjaga-jaga serta mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang diarahkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan juga negeri bersama Jabatan Kesihatan Pahang (JKP) Jerantut.

“Pihak kami membuat persediaan rapi khususnya jaminan kesihatan peserta ibadah korban serta para petugas supaya terhindar daripada dijangkiti pandemik Covid-19.

“Pihak pengurusan masjid ini mematuhi arahan MKN dan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) supaya mereka yang terlibat dengan majlis berkenaan perlu menjalani ujian swab dikendalikan petugas JKP Jerantut selari dengan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan termasuk prosedur operasi standard (SOP), etika kebersihan dan sebagainya,” katanya.       

“Kita juga memperoleh kebenaran daripada JAIP untuk menganjurkan majlis korban ini di samping mematuhi amalan SOP semasa berada di dalam dan luar (perkarangan) rumah ibadah ini menerusi pemantauan pegawai masjid ini serta dibantu oleh pihak berkuasa beruniform,” katanya di sini hari ini. 

Menurut Mohd Fikri, majlis korban ahli kariah MTMAJ akan dilaksanakan pada hari raya kedua Aidil Adha  membabitkan sejumlah lapan ekor ternakan.

Petugas dan pserta ibadah korban menjalani saringan swab secara pandu lalu di Masjid Tengku Mahkota Abdullah, di sini, hari ini.

“Ternakan berkenaan akan disembelih di Rumah Sembelih Batu Satu, Jalan Jerantut – Benta dan kemudiannya dibawa ke MTMAJ untuk dilapah serta kerja pengagihan daging dilakukan oleh 28 orang petugas,” katanya.

Selain itu, katanya, seramai 84 orang peserta ibadah korban ahli kariah masjid Felda Padang Piol dan 16 orang ahli kariah masjid Felda Lepar Utara juga menjalani ujian swab di MTMAJ hari ini.

“Pihak pengurusan masjid dan ahli kariah yang terlibat bersyukur dan berterima kasih kepada petugas JKP Jerantut dan pihak berkuasa beruniform yang menyempurnakan tugas dengan lancar hari ini sambil berharap mereka dilindungi oleh Allah SWT dan menerima ganjaran yang besar,” katanya.-SAHIH.

Leave a comment

Your email address will not be published.