INFO TERKINI
Rangkuman berita, fakta dan makluat aktiviti masjid.

7 EKOR LEMBU SELAMAT DIKORBANKAN SEMALAM

Admin

Admin

Pengarang

Sebanyak tujuh ekor lembu selamat dikorbankan pada hari semalam. Ianya melibatkan seramai lebih 40 peserta korban.

Dari kiri, En Azmir (Bilal merangkap Pengarah Program Korban 1442H), En Fikri Bin Hamzah (Imam 1 MTMAJ), En Muhammad Bin Ahmad Badawi (Bendahari Program Korban merangkap Imam 2 MTMAJ) & En Fauzi Posat (Bilal)

Seramai 152 orang petugas telah terlibat dalam menguruskan lembu yang telah disembelih. Kesemua lembu-lembu ini telah disembelih di pusat penyembelihan di Kampung Paya Rajin

Pengarah Program memberikan koordinasi terbaik sebaik sepanjang program.

Menurut pengarah program, Encik Azmir bin Zulkifli, Program Ibadah Korban pada tahun ini berjalan dengan lancar mengikut standard operasi prosedur yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara. “Walaupun kita masih lagi dalam Perintah Kawalan Pergerakan namun saya bersyukur kepada Allah, kerana kerajaan kerana masih membenarkan ibadah korban dijalankan”, ujar beliau.

Menurut Imam 1 Masjid Tengku Mahkota Abdullah Jerantut, Ustaz Fikri bin Hamzah, beliau melahirkan rasa syukur, gembira dan berpuas hati kerana program korban pada tahun ini telah berjalan dengan lancar mengikut SOP yang telah ditetapkan.

Selain itu, beliau juga menyatakan penghargaan yang sangat tinggi kepada semua petugas yang telah menyumbangkan tenaga, fikiran dan masa demi menjayakan program ini.

Semoga ibadah korban pada tahun ini diterima oleh Allah subhanahu wa Ta’ala.

Leave a comment

Your email address will not be published.