
Insyaallah pada tahun ini kita akan terus menyambut bulan kemerdekaan walaupun dalam keadaan dinamik covid-19 masih lagi membelenggu negara
Namun begitu, sambutan pada tahun ini akan diadakan tanpa melibatkan perkumpulan ramai.
Oleh itu Masjid Tengku Mahkota Abdullah Jerantut mengambil inisiatif untuk mengadakan sambutan Ambang kemerdekaan dengan dengan mendekatkan diri kepada Allah melalui program bacaan doa, yasin, tahlil dan selawat.
Maka dijemput kepada semua warga Jerantut terutama ahli Qaryah Masjid Tengku Mahkota Abdullah Jerantut untuk hadir bagi memeriahkan Majlis ini tanpa melupakan SOP yang sedang berkuatkuasa
Dengan tema ‘Malaysia Prihatin’ marilah kita sama-sama mengekspresikan rasa prihatin kita terhadap apa yang berlaku di negara kita sekarang demi memulihkan kembali keadaan di negara ini.