PROSEDUR OPERASI STANDARD​
SEPANJANG TEMPOH PELAKSANAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN

Pengumuman Terbaru Penting

KEMASKINI TERBARU

HAD TERBARU SOLAT FARDHU & SOLAT JUMAAT

لسلام عليكم ورحمة الله وبركاته..

 

Alhamdulillah,tambahan kapasiti jemaah untuk Solat Jumaat di Masjid Tengku Mahkota Abdullah Jerantut telah diluluskan sebanyak 700 orang.

 

Maklumat kehadiran :

 

WALK IN 1ST COME 1ST SERVE

Tempat masuk : Pintu pagar belakang.

Pintu pagar dibuka : 12.00 tgh hari.

Pintu pagar ditutup : Azan zohor atau kuota penuh.

 

KEUTAMAAN :

1. Pemilik Kad Ahli Kariah.

2. Sudah Divaksin.

 

SYARAT :

1. Memakai Pelitup muka.

2. Membawa sejadah besar.

3. Tidak demam / bergejala

4. 15 tahun ke atas.

5. Mematuhi semua SOP dan arahan petugas.

 

Semoga kita semua dipermudahkan untuk hadir ke Rumah Allah pada setiap masa. Jom berdoa pada Allah.

26 Zulhijjah 1442H/5 Ogos 2021

 

~ Pihak Pengurusan MTMAJ ~

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته..

Wahai pencinta-pencinta Masjid sekalian. Alhamdulillah.. Masjid Tengku Mahkota Abdullah Jerantut telah mendapat kelulusan untuk pertambahan jemaah sepertimana Poster di atas.

Di sini ada beberapa PERINGATAN PENTING :

 

1. Hanya Ahli Kariah yang Memegang Kad Ahli Kariah sahaja dibenarkan hadir. Ini kerana kita masih lagi di dalan tempoh pemantauan dari pihak atasan.

 

2. Bagi Solat Fardhu ,Jemaah perempuan dibenarkan hadir bersama suami/anak lelaki/ahli keluarga yang memiliki Kad Ahli Kariah.

 

3. Bagi Solat Fardhu, satu keluarga yang memiliki Kad Ahli Kariah boleh hadir seramai 2 orang sahaja. Pastikan berusia melebihi 12 tahun dan tidak melebihi 75 tahun.

 

4. Bagi Solat Jumaat, Satu keluarga hanya seorang sahaja dibenarkan hadir bagi memberi ruang kepada yang lebih dewasa.

 

5. Bagi Solat Jumaat, masuk ke kawasan masjid melalui pintu pagar belakang dan keluar kawasan masjid melalui pintu pagar hadapan.

 

6. Kad Ahli Kariah mestilah ditunjukkan kepada Pengawal Keselamatan di Pintu Pagar bagi Solat Fardhu dan Solat Jumaat.

 

7. Jemaah yang tidak berjaya menunjukkan Kad Ahli Kariah dan tidak memenuhi SOP adalah tidak dibenarkan masuk. Maaf.

 

8. Ini adalah Ketetapan SOP terkini. Sekiranya terdapat perubahan,akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Diharapkan agar para jemaah dapat menerima dengan hati yang tenang sesuai dengan matlamat solat di masjid untuk mencapai ketenangan jiwa.

 

Pengurusan,

Masjid Tengku Mahkota Abdullah Jerantut

3 Zulhijjah 1442H/13 Julai 2021

DIKEMASKINI PADA 13 JULAI 2021, 5:00PM

Susulan Penamatan PKPD di Kawasan Bandar Jerantut, SOP PKP yang digunapakai seperti yang ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) bagi semua Masjid Daerah buat masa ini ialah seperti berikut:

  1. Solat Fardhu: 12 orang Jemaah
  2. Solat Jumaat: 100 orang Jemaah (Jemputan Sahaja)

Namun begitu, pihak pengurusan MTMAJ telah memohon kepada JAIP bagi mendapatkan kelulusan jumlah jemaah yang lebih ramai. Diharap para ahli jemaah dapat bersabar. Kami akan membuat pengumuman segera di Group Info MTMAJ. Sila klik butang INFO MTMAJ di bawah bagi menyertai group Whatsapp ini

 

Pengurusan,

Masjid Tengku Mahkota Abdullah Jerantut

2 Zulhijjah 1442H/12 Julai 2021

DIKEMASKINI PADA 12 JULAI 2021, 5:16AM

SOP Masjid Tengku Mahkota Abdullah Jerantut sepanjang PKPD :

1. Solat Fardhu : 4 orang jemaah. Imam,Bilal dan 2 Orang AJK.

2. Solat Jumaat : 12 Orang jemaah (Jemputan sahaja)

 

– Pihak Pengurusan Masjid Tengku Mahkota Abdullah Jerantut.

17 Zulqaedah 1442H/28 Jun 2021

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

MAKLUMAN

Menerima pandangan para jemaah,Pihak Pengurusan masjid bersetuju pada minggu ini untuk membuat sistem jemputan kepada mereka yang telah mempunyai Kad Ahli Kariah tetapi masih belum pernah dapat hadir Solat Jumaat.

Jemputan sudah dibuat ke WhatsApp masing-masing. Bagi jemaah yang tidak mendapat mesej jemputan di harap untuk tidak hadir ke Masjid bagi Solat Jumaat Pada minggu ini bagi mengelakkan kesesakan dan bagi mematuhi SOP.

Sekiranya kehadiran dan keadaan di Masjid untuk Solat Jumaat pada minggu ini baik dan terkawal, in sya Allah pada minggu hadapan kita akan menjemput lagi pemegang-pemegang kad ahli kariah seterusnya yang masih belum pernah hadir solat jumaat jika tiada sebarang perubahan SOP.

Diharapkan kepada jemaah yang pernah hadir solat jumaat di masjid semasa bermulanya pkp ini untuk berlapang dada memberikan peluang kepada jemaah yang masih belum berpeluang untuk hadir dengan jemputan yg telah pihak masjid buat.

Segala salah silap dan kekurangan kami mohon berjuta kemaafan.

Sebarang pembaharuan SOP akan dimaklumkan oleh pihak Pengurusan Masjid secara rasmi.

.

-Pengurusan Masjid TMAJ-

13 Zulqaedah 1442H / 24 Jun 2021

Berita Terkini

Mari Mengenali Rasulullah SAW

BULAN Rabiulawal sekali lagi bertandang dalam teratak kehidupan kita. Ia datang membawa makna yang besar khususnya dalam kehidupan Muslim yang mencintai manusia agung yang bernama

Read More »

Sambutan Ambang Kemerdekaan

Insyaallah pada tahun ini kita akan terus menyambut bulan kemerdekaan walaupun dalam keadaan dinamik covid-19 masih lagi membelenggu negara Namun begitu, sambutan pada tahun ini

Read More »

Get In Touch

Dapatkan Info Terkini

HUBUNGI KAMI

© 2021 Team Multimedia MTMAJ. All rights reserved.